Thursday, 6 March 2014

Teknik & Cara Meneran Ketika Bersalin

Source Extracted from Google
Fuyoohh...bila tengok movies, videos, website dan blog cerita pasal bersalin ni, kembang kempis nafas... Bukan setakat tu jer, bila dengar kawan2 bercerita lagilah... Yang sorang tu dok cakap kat saya... "Awakkkk...sakit wak...rasa macam nak mati!!!" dan yang sedap halwa telinga mendengar tu, "Bestlah bersalin, tak rasa apa pun... rasa macam nak bersalin lagi jer..."... Apa2 pun itu semua harus dilalui oleh setiap wanita yang berkahwin dan hamil ye tak? Pengalaman hidup yang sakit pada waktu tu tapi manis bila saat terpandang wajah baby...betul tak? ^_^... Takut atau tidak, kalau itu jalannya pasti kena tempuh juga... Sebab tu wanita ni kuat betul tak? Kalau orang lelaki yang melalui 9 bulan 9 hari dan merasa sakit bersalin tu, tak taulah, whether they could take it or not...^_^...eh bukan if tak silap dulu somewhere last year ada berita yang mengatakan ada alat simulator untuk bagi orang lelaki rasa sakit bersalin? Bagus jugak tu...heeeee... Bagi orang lelaki rasa sama macam mana rasanya...

Meneran? Pasti yang terbayang di benak ibu hamil adalah perjuangan hidup dan mati di bilik bersalin. Bagaimanapun meneran ketika proses melahirkan bayi tidaklah seseram yang digambarkan terutama jika ibu yang bersalin menguasi cara meneran yang baik dan betul.

Waktu Mula Meneran
Sebaiknya dilakukan setelah pembukaan lengkap berlaku (10 cm) iaitu ketika kepala janin sudahpun turun ke dasar pinggul. Ia ditandakan dengan anus (dubur) mula terbuka sewaktu kontraksi.

Posisi Meneran Yang Tepat
Berbaringlah dengan lutut berlipat dan kedua kaki dibuka. Kedua tangan memeluk peha dengan cara melingkarkannya ke bawah paha. Meneran juga dapat dilakukan dengan berbaring mengiring sama ada di sebelah kiri ataupun kanan. 

Cara Meneran
Sebaiknya dilakukan apabila kontraksi sampai ke puncaknya. Waktu ini doktor akan meminta uols untuk menarik nafas panjang iaitu menahannya dengan mulut tertutup kemudian meneran ke arah bawah dengan memastikan punggung tetap berada di atas tempat tidur (katil). Ketika meneran dagu diletakkan di dada supaya uols dapat melihat perut uols.

Bagaimanapun, ramai juga ibu hamil yang melakukan kesilapan ketika meneran. Ada yang meneran sebelum proses pembukaan sempurna. Ia akan menyebabkan berlakunya Edema (pembengkakan di mulut rahim) yang seterusnya akan menyukarkan proses bersalin selanjutnya.

Di samping itu ada juga ibu hamil yang silap meneran 'di leher' dan bukannya di perut. Mata akan nampak merah setelah bersalin dan kadang2 disertai dengan kebutaan sementara kerana pembuluh darah kecil di mata pecah akibat teranan di bahagian leher.

Teknik & Cara Meneran Semasa Bersalin 

1. Angkat kepala, dagu cecah dada.

2. Mata pandang perut.

3. Tangan pegang (bahagian kaki yang berhampiran buku lali).

4. Masa teran jangan keluarkan suara atau menangis kerana ini akan membuatkan ibu tersebut kurang tenaga dan tak kuat.

5. Masa teran tu jangan sesekali angkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina.

6. Tarik nafas sedalam yang boleh dan teran macam nak buang air besar tanpa blow nafas uols. Teran sekuat yang terdaya selama yang boleh dan curi nafas. Then sambung teran, tiap kontraksi try 3 kali. Time kontraksi je push sebab time tu baby pun gerak sama so jangan buang masa...ada kontraksi terus push macam cara2 kat atas tadi, tak ada kontraksi relaks...

7. Baca Bismillah, selawat.

8. Tips Tambahan: Kongsi tips ni dengan husband supaya dapat mengingatkan uols. Mungkin masa tu uols akan terlupa kerana sibuk tahan sakit...kawan saya cakap memang dah tak ingat apa dah kalau masa dalam labour room tu, taunya nak baby keluar cepat jer... Bila husband dah tau senanglah dia memberi panduan or buat apa2 yang patut kan? Lagi2 kalau husband tu dah ada experience few times before this... ^_^

*Tapiiii, kalau agak2 kena bersendirian berjuang dalam labour room pada waktu dan ketika itu, berselawat dan doa banyak2 pada Allah supaya segalanya dipermudahkan... In Shaa Allah... 
Nak tengok gambar bayi ketika keluar dari ibunya?
Kalau rasa tak berani tak payah scroll ye.
Amaran: Ini untuk tujuan pengetahuan.

Gambar ni aku dapat dari internet jugak.

Ready?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang tak berani sila jangan teruskan
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jangan teruskan! last warning ni.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.