60 Petua Mendapat Pasangan-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah
60 Petua Mendapat Pasangan-Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah | Kepada yang masih mencari pasangan, saya lampirkan
60 petua mendapat pasangan dari Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang perlu anda ketahui dan lakukan. Mana lah tahu kan, dengan usaha dari
petua ini, anda berjaya dapat pasangan yang baik lagi soleh dan solehah. In shaa Allah, amin.. SELAMAT MENCUBA! =)
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan
yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang
bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.
2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.
3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.
4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.
5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.
6. Agar mudah orang sayang, cuci hati
dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
7. Sayangi semua orang di sekitar anda
dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang,
ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.
8. Orang yang sedang mencari pasangan
harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila
masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik
setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.
9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah
pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan
pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.
10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.
11. Cinta datang melalui mata lalu turun
ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal
pasangan dengan penuh kasih sayang.
12. Kita boleh berkomunikasi melalui
fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan
dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
13. Ramai yang terlepas peluang dan patah
hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang
baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).
14. Tidak salah untuk orang perempuan
memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan
mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan
yang mulakan.
15. Berkomunikasi dengan mesra dan
bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan
bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.
16. Berbual dengan pasangan mengenai apa
yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk
memberi tumpuan kepada diri sendiri.
17. Layan bakal pasangan dengan mesra
seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman
dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.
18. Makin mudah kita menceritakan hal
peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia
menceritakan hal dirinya kepada kita.
19. Berdoa dan latih diri agar kita
pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang
lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.
20. Beri sayang untuk mendapat sayang.
Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh
menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita.
Justeru buang semua benci.
21. Untuk wanita, jangan jual mahal
terhadap bakal pasangan. Tetapi,
nyatakan dengan hikmah kepadanya yang
anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.
22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.
23. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada
mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.
24. Orang lelaki perlu belajar mengenal
kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan dan kebenciannya.
25. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan
sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.
26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.
27. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat.
Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.
28. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan
melengkapkan sikap dan sifatnya.
29. Walaupun belum kenal rapat dengan
bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti
yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.
30. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.
31. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan
hobi.
32. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua
persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau
suka ramai anak.
33. Tindakan yang serentak akan menarik
bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak
angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.
34. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa –
sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.
35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan,
kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.
36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai
oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan
kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.
37. Semua orang mencari cinta sejati
tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.
38. Bakal pasangan akan tertawan kepada
anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.
39. Keikhlasan amat penting dalam memuji
atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada kita.
40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas
bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian
daripada kawan lama.
41. Ulang sebut perkataan, ayat atau
slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.
42. Kenalpasti keistimewaan bakal
pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini
dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.
43. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.
44. Beri penghargaan serta merta kepada
setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.
45. Jika bakal pasangan memuji anda,
pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa dihargai.
46. Cari keunikan, kelucuan atau
‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab
keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.
47. Ramai pasangan sengsara bila isteri
terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan
yang setara dan sepadan dengan kita.
48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar
untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan
bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi
menyerlahkan kecantikan anda.
49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki
yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita,
berani dan yakin diri.
50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan
belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi,
murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.
51. Lelaki harus mempamerkan sifat
kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya
seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak
batin.
52. Perempuan harus mempamerkan sifat
kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam
politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak
tapi, jangan terlalu bijak.
53. Untuk menambat hati wanita, kerap
bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya,
kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.
54. Sebelum benar-benar rapat, orang
perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai
perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.
55. Orang lelaki amat pantang bila bakal
pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki
tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.
56. Orang perempuan mudah tertawan kepada
lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan,
bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap
wanita.
57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan
harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang
berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki
terhadapnya.
58. Jika orang perempuan marah, pujuklah
dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan
jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada
lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.
59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak
tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang
tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.
60. Fahami bahawa orang lelaki
bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan
sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.