Pergaduhan adalah perkara yang biasa di dalam sesuatu perhubungan. Kata orang “kalau tak bergaduh hubungan tidak akan mesra”, tetapi apa yang ditakuti adalah pergaduhan yang kecil akan bertukar menjadi pergaduhan yang besar dan seterusnya mengakibatkan pertengkaran, mencederakan dan yang paling teruk adalah berlakukanya penceraian.
Sekarang, bercerai bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian. Pasangan yang kita lihat hidup bahagia pada awalnya, berpisah pada akhirnya. Kalau dahulu, bercerai adalah perbuatan yang terkutuk dan sangat di pandang hina oleh masyarakat.
Sekarang, bercerai adalah perkara biasa dan ia di anggap antara rintangan dalam hidup yang semua orang perlu hadapi. Walau bagaimana pun, untuk mengelakkan anda dan pasangan anda dari bercerai, semoga dengan tips yang disenaraikan ini boleh membantu diri anda menyelesaikan pergaduhan dalam hubungan anda.
#plus1.Kawal emosi
Cuba kawal emosi korang dengan cara menenangkan diri sebelum bertindak . Selalunya orang perempuan mempunyai emosi yang berlebihan . Cuba bertindak dengan bijak dan jangan tunjukkan perasaan marah atau perasaan tidak puas hati di depan lelaki . Sekurang-kurangnya kamu tidak menjadikan keadaan lebih keruh walaupun di hati kamu terdapat perasaan amat marah .2. Jangan cari pasalDalam sesuatu perhubungan kena ada sifat tolak ansur sesama pasangan . Berbincang bersama-sama sebelum melakukan sesuatu perkara adalah tindakan yang amat bijak sekali . Dan jangan pula kamu mencetuskan sesuatu sebagai alasan hendak mewujudkan pergaduhan di antara kamu .3. Jujur dan saling percaya-mempercayaiJujur dan percaya-mempercayai adalah elemen yang paling penting di dalam perhubungan . Bersikap jujur dan percaya pada pasangan adalah kunci utama untuk mengukuhkan perhubungan kamu . Jika elemen ini tiada , tunggu sahajalah keruntuhannya .4. Berterus-terangIni merupakan jalan yang terbaik dalam perhubungan . Semua pasangan ingin berterus-terang di dalam perhubungan mereka . Kamu perlu bercakap benar walaupun ada kalanya pahit untuk menerima kenyataan . Lebih baik kamu berterus-terang dari dia mengetahuinya dari orang lain .5. Bersikap terbukaIni penting untuk mengekalkan sesuatu hubungan . Jangan terlalu ambil serius sesuatu yang tidak begitu penting . Pandang sesuatu perkara secara positif dan keadaan ini boleh mengelakkan dari timbulnya masalah .6. Jangan ungkit perkara laluKamu tidak sepatutnya mengungkit perkara lalu . Biarkanlah ia berlalu tanpa perlu membongkarkan kisah silam . Bimbang ia hanya akan merosakkan hubungan yang sedia terjalin .7. Jangan bandingkan diaSiapa suka dibandingkan ? Jangan sesekali kamu bandingkan dia dengan bekas teman lelaki kamu atau bekas teman wanita kamu . Setiap manusia pasti ada kelemahan dan kelebihan . Kamu perlu tahu bahawa tiada seorang pun yang suka dibandingkan dengan orang lain . Jika perkara ini tidak terkawal , ia hanya merugikan diri sendiri .8. Buang sikap egoSetiap orang ada egonya tersendiri namun ia perlulah dikawal .9. Jangan ada sifat mengongkongIni selalu berlaku kepada mereka yang sedang bercinta ataupun adik-beradik . Kamu tidak berhak memonopoli dia . Biarkan dia berbuat apa sahaja apabila dia tiada bersama kamu . Dia juga berhak menikmati masa terluangnya sendiri atau bersama dengan teman-temannya . Begitu juga dengan kamu . Kadang kala kamu ingin bersendirian dan tidak mahu ditemani oleh sesiapa . Cuba kamu fahami diri orang lain sebagaimana kamu mahu orang lain memahami diri kamu . Tetapi kamu perlu pastikan dia selamat dan pandai menjaga diri .10. SetiaIni juga untuk mereka yang sedang bercinta . Jangan sesekali berlaku curang kepada pasangan kamu . Setia perlu ada untuk mengukuhkan hubungan kamu . Jika tidak sudah tentu kamu akan menukar pasangan seperti kamu menukar baju . Jangan sampai kamu dianggap murahan dan senang dibawa ke sana sini oleh sesiapa sahaja dalam satu jangka masa yang singkat .
Pandai Ambil Hati & Bijak Pilih Waktu
Sedikit tambahan, antara cara yang paling berkesan untuk meredakan kemarahan pasangan kamu. Pilih waktu yang sesuai dan kalau boleh pilih waktu yang pasangan kamu mempunyai mood yang baik. Elakkan dari memujuk pada waktu pasangan kamu masih dalam keadaan marah. Biarkan dia bersendirian untuk meredakan kemarahannya. Beli atau sediakan apa-apa sahaja yang disukainya seperti makanan kegemaran, barang peribadi, pakaian atau sebagainya dan si dia pasti akan gembira semula.
No comments:
Post a Comment