Friday, 14 February 2014

Tips untuk naikkan Seri Pengantin

Hye semua...

Thanks sudi menjenguk blog i yg xseberapa ni...
Hmm..untuk para2 wanita yg bakal menjadi raja seharini,mesti tgh tercari2 petua untuk naik kan seri pengantin kan..hahaa..sape yg xnak nampak cantik n vogue gedevas atas pelamin..btol x?semua nk vogue2 ala2 Rozita Cik Wan gituuu..kerrlassss koo jaahhh~!!

OK this entery i nak share beberapa tips yg korg bole pilih untuk menaikkan seri muke korg tu..

Pertama: 44 hari sebelum tarikh perkahwinan, amalkan memakan kelopak bunga mawar. Maksudnya setiap hari makan sekuntum bunga mawar sampai la hari yang ke 44. Nescaya muka tuan hamba akan berseri di hari bersejarah tuan hamba. Ok apa lagi, misi kali ni kena tanam pokok bunga mawar la. Gila kau nak beli bunga mawar. Mahal kot. Tambah-tambah nak dekat Valentine ni. Pengumuman, orang Islam tak baik sambut Valentine tau.

Kedua: 30 hari sebelum hari perkahwinan. Amalkan membilas muka dengan air rebusan sireh. Macam mana nak buat?? Ambil segengam daun sirih yang saiz agak besar dan rebus dalam air sehingga berubah air menjadi kehijauan. Bila rasa nak cuci muka, amik la air ni and bilas kat muka uollss. Ia mampu mengelakkan jerawat atau ruam kecil di muka sekaligus menaikkan seri wajah.

Daun sireh sangat mudah didapati kan kat pasaran.Kaedahnya la. Tapi uolss jangan buat kerja gila plak, yela kan skg ni banyak daun sireh artificial. Dah agak-agak fed up tak jumpa yang ori, rembat jela yang artificial tu, daun sireh jugak kan. Hehee.gurau je..=P


Ketiga: Rajin-rajin buat facial beberapa bulan sebelum. Tapi ikut informasi yang i dapat. Elakkan buat facial lagi sebulan atau 2 3 minggu majlis. Dah lama tak buat facial. nanti meroyan lak bila muke u olls akan dikorek dengan sewenang-wenangnya so i suggest kan wat facial awl sket ok..

Keempat: Pagi-pagi bangun tido. Masa nak mandi, elok la kirenya korang bersihkan muka korang dengan air bersih yakni air paip la, diiringi dengan bacaan selawat. Amalkan tiap hari, insya Allah bukan setakat nak kawin je berseri, hari-hari akan berseri. Cubalah!

Yang ni i ada amalkan. Tapi bila kene time kelam kelibut, terlajak bangun, confirm terus lupa amalan datuk nenek moyang segala. Kadang-kadang nak masuk toilet pun pakai redah tak baca doa pun. Moral of the story, kalau rasa miskin tak berduit, amalkan la petua ni. Tapi dengan syarat, elakkan dari bangun lambat!


Kelima: Pemilihan baju dan warna baju persandingan juga memainkan peranan penting dalam menaikkan seri wajah pengantin. Oh yeker..sumpah baru tau. Cuba selidik and tanya pendapat kawan, warna apa yang sangat sesuai bila anda pakai sesuatu baju tu. Contoh diri sendiri, saya ada satu baju kurung warna biru tua, bila pakai,orang cakap diri saya lebih menonjol, i mean berseri la sikit berbanding hari lain yang kusam masam tu.

Begitu jugak dengan diri uolss, mesti ada satu kaler yang betul-betul match dengan diri uolss. Tapi dalam konteks pemilihan baju pengantin ni kene betul-betul buat keputusan yang bijak. Kalau orang yang berkulit cerah tu takpe la kan. Pakai warna apa saja pun dah cantik. Terserlah keputihan uolss,Tapi kulit yg agak gelap kena la buat pilihan yang tepat agar pakaian yg digayakan akan lebih menonjol..gituuwww~ 

Rasanya cukup la amalan-amalan yang ingin dikongsi bersama.
Good Luck ladies~~

#tambahan
if nak cara yg moden,ley try produk EL MARINO  ni..insyaallah muke korg cerah berseri,glowing sangat2 even tanpa makeup,plus ley hilangkan garis2 kedutan,bekas2 jerawat,menganjalkan kulit seawl 4 hari penggunaan...I da try..mmg berkesan sgt2..rugi x beli..~

ini lah hasilnye..cer tgk pic i kawin..hmm..heheee~~





Harga untuk EL MARINO= RM198
nak tau dgn lebih lanjut ttg produk ni,boleh ttinggalkan comment or
utk reply pantas contact saya di
mobile 013-7294214

No comments:

Post a Comment